Selasa, 15 April 2008

Wasiat Elak Sahabat Jahat

Wasiat Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkenaan sahabat yang mesti dijauhi



1. Kawan yang tamak kerana pada zahirnya dia ingin membahagiakan kita sedangkan pada hakikatnya dia akan mencela kita

2. Teman yang pembohong kerana dia boleh menyebabkan orang lain yang rapat dengan kita selama ini akan lari daripada kita

3. Kawan yang bakhil kerana dia akan melupakan kita pada waktu kita sangat memerlukan bantuannya

4. Kawan yang berperangai jahat kerana dia tidak merasa malu untuk menjual kita dengan harga yang murah (menjatuhkan maruah kita tanpa rasa bersalah)

Label:

Wasiat 5 Golongan Jauhi al-Quran

Ibnu Qayyim berkata bahawa orang hijrah atau menjauhi al-Quran ialah apabila dia terlibat dengan perkara-perkara berikut :

Pertamanya apabila dia tidak mahu mendengar dan beriman kepada al-Quran

Keduanya apabila dia hanya beriman dan membaca al-Quran sahaja tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya

Ketiganya apabila dia tidak mahu mendalami dan memahami maksud al-Quran

Keempatnya apabila dia tidak menjadikan al-Quran sebagi ubat penyembuh terhadap pelbagai penyakit hati

Kelimanya apabila dia tidak mahu menggunakan hukum al-Quran

Label:

Wasiat 6 Kewajipan Terhadap al-Quran

Sekiranya kita mahu menjadi hamba Allah yang sayang serta menghayati al-Quran maka kita wajib tunai 6 kewajipan kita terhadap al-Quran barulah kita mampu bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat iaitu :

Pertamanya kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai.

Keduanya kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya.

Ketiganya kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau yang termampu oleh kita.

Keempatnya kita mesti membaca al-Quran sehingga dapat mengamalnya dalam kehidupan seharian.

Kelimanya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan.

Keenamnya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu didaulatkan

Label: